Sudut Pidato Diwujudkan Semula



Pemenang pidato kategori bahasa Melayu, Amirrudin Abdul Rahman dari Universiti Putra Malaysia dan pemenang kategori bahasa Inggeris, Ain Anissa Mohamed dari Universiti Teknologi Mara bersama piala kemenangan Pertandingan Akhir Pidato Kemerdekaan Antara IPT 2009, Piala Menteri Pengajian Tinggi Malaysia di Hotel Flamingo, Kuala Lumpur, semalam. – Utusan/Zulkarnain Mohd. Saidin


KUALA LUMPUR 30 Dis. – Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) dibenarkan mewujudkan semula sudut pidato khas bagi meningkatkan kemahiran pengucapan awam di kalangan mahasiswa.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, langkah itu bagi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan berhujah serta meningkatkan bakat pengucapan awam.

Katanya, kemahiran berucap perlu dikuasai oleh mahasiswa dan tidak terhad kepada kumpulan pelajar tertentu sahaja seperti pemidato universiti.

“Kebenaran itu akan menghidupkan budaya keilmuan dan intelektual di universiti selain melahirkan mahasiswa cemerlang bukan sahaja dari segi akademik semata-mata.

“Bagaimanapun, sudut pidato berkenaan perlu dilakukan secara beretika, berhemah dengan persetujuan daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti masing-masing, kita yakin ia tidak akan menimbulkan implikasi negatif,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Pertandingan Pidato Kemerdekaan antara IPT 2009 di sini hari ini.

Turut hadir, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Seri Dr. Syed Arabi Idid dan Pengerusi Yayasan Tunku Abdul Rahman, Dr. Tengku Abdul Aziz Tengku Zainal.

Program yang dianjurkan oleh Yayasan Tuanku Abdul Rahman, Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM) dan UIAM turut menyediakan wang tunai bernilai RM5,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan.

Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Amirrudin Abdul Rahman dinobatkan pemenang kategori pidato bahasa Melayu dan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ain Anissa Mohamed bagi kategori bahasa Inggeris.

Sudut pidato yang diharamkan berikutan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1975 sejak 34 tahun lalu dibenarkan semula di semua IPT dan IPTS selepas pindaan mengenainya diwartakan pada Februari tahun lalu.

Menurut Saifuddin, pindaan AUKU 1975 itu memberi lebih kebebasan bersuara kepada mahasiswa.

Jelasnya, mahasiswa dapat menggunakan platform tersebut untuk berhujah dan berbincang mengenai isu semasa secara lebih meluas termasuk melibatkan isu-isu politik tanah air.

“Kita berharap ia dapat meningkatkan kualiti lapan teras kokurikulum di universiti.

“Teras kokurikulum di universiti ada lapan, satu daripadanya adalah pengucapan awam. Malangnya status pengucapan awam pada hari ini berada di tangga paling bawah dari segi jumlah program yang dianjurkan oleh universiti dan penyertaan penuntut,” katanya.

Sumber: Utusan Online

Mahasiswa Mahu Perkataan 'Pelajar' Ditukar Kepada 'Mahasiswa'

12 Muharram 1431H

SKUDAI, 29 Dis: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) semalam dicadangkan untuk menggunakan perkataan 'mahasiswa' menggantikan 'pelajar' pada nama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Universiti tersebut.

Cadangan tersebut dibuat Pengerusi Pro Mahasiswa UTM, Nur Azim Fahada Ahmad dalam suatu memorandum kepada Naib Canselor Datuk Prof. Ir. Dr. Zaini Ujang semalam.

Beliau berkata, cadangan tersebut sejajar dengan kenyataan Timbalan Naib Canselor Prof. Dr. Tajuddin Ninggal dalam suatu upacara rasmi Universiti sebelum ini.

Beliau juga berpendapat, penggunaan perkataan 'mahasiswa' pada pertubuhan-pertubuhan siswa Universiti sekali gus mengiktiraf kedudukan mahasiswa sebagai kelompok intelektual terpilih di peringkat Universiti.

Beliau turut memaklum inti perbincangan ProM UTM dengan pentadbiran Universiti, sebelum upacara penyerahan memorandum dilakukan.

"Dalam pertemuan tadi (Isnin), perbincangan kami lebih menumpu pada bagaimana semua pihak dapat bekerjasama dalam menjayakan Pelan Pembangunan Mahasiswa dan melestarikan ilmu di semua peringkat," dipetik dari laman rasmi ProM UTM, promahasiswautm.blogspot.com

Dalam perkembangan yang sama, lebih 50 orang mahasiswa berhimpun di lobi pejabat pentadbiran Universiti menuntut diadakan Majlis Pengenalan Calon dan kebebasan berkempen dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) yang dijangka umum diadakan pada awal Januari depan.

Sumber: Berita

Selamat Kembali dan "Berkuliah"


Assalamu'alaikum Wrhmt Wbrth..




Kepada: Seluruh Mahasiswa Kolej Sri Rajang

Pihak Biro Pembangunan Insan Majlis Tertinggi Mahasiswa 09/10 mengucapkan selamat kembali ke 'kampus hijau Bintulu'@ Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak dan Kolej Sri Rajang untuk meneruskan pengajian bagi semester kedua 09/10

Semoga semester ini peluang terbaik untuk kita menjadi mahasiswa terbaik!!

“Barang siapa yang amal perbuatannya (hari ini) lebih baik dari semalam atau kelmarin, maka ia tergolong orang yang beruntung. Dan barang siapa yang hari ini amalnya sama dengan semalam, maka ia termasuk orang yang rugi. Dan barang siapa yang amalnya hari ini lebih buruk dari semalam, maka dia tergolong orang yang mendapat laknat dari Allah.” - Kata-kata hikmah

Sekitar Awal Tahun 2009: Runtuhan Tanah

Awal tahun 2009 menyaksikan sebahagian kawasan tebing sungai berhampiran Jalan Mulu dan sebahagian kecil jalan ke pusat pelajar mengalami runtuhan. Tanah runtuh tersebut berpunca daripada hujan berterusan di Utara Sarawak sepanjang Januari khususnya mengakibatkan struktur tanah kawasan itu mengalami perubahan. Sehingga akhir tahun (kini), jalan yang merupakan laluan utama siswa dan siswi Kolej Sri Rajang ke fakulti itu masih belum dibuka sepenuhnya terutama untuk kereta dan kenderaan berat. Namun, laluan itu dibuka untuk pejalan kaki dan motorsikal.


Jalan tersebut masih dalam pemerhatian dan kajian. Laluan yang terhad juga bertujuan keselamatan. Akibat runtuhan tanah itu, mencacatkan sedikit pemandangan hijau di kawasan tersebut. Namun, tindakan telah diambil serta pembersihan kawasan dan penanaman semula rumput telah dijalankan beberapa bulan yang lepas. Kini, kawasan tanah runtuh itu kian menghijau semula.

Semoga tahun akan datang kita terus dikurniakan kesihatan dan keselamatan yang baik serta dijauhkan dari musibah bencana yang tidak diduga. Ambillah ibroh (pengajaran) daripada peristiwa itu sebagai muhasabah buat kita yang sering melupakan tuhan serta perintah dan larangannya. Adakalanya komunikasi dari tuhan kepada manusia berlaku dengan cara didatangkan amaran dariNya melalui bencana supaya hambaNya sentiasa insaf dengan setiap bencana yang diturunkan.






























Gambar: Akibat hujan yang berterusan, kawasan ini mengalami runtuhan tanah. Namun, kita harus mengambil ibroh (pengajaran) dan muhasabah daripada peristiwa ini dengan keinsafan. Adakalanya komunikasi dari tuhan kepada manusia berlaku dengan cara didatangkan amaran dariNya melalui bencana supaya hambaNya sentiasa insaf dengan setiap bencana yang diturunkan.

Garis Panduan Hiburan Yang Dibenarkan Islam















Sekadar gambar hiasan


MUQADDIMAH


Antara matlamat utama manusia ini dicipta oleh Allah SWT adalah untuk mengabdikan diri kepada Nya seperti yang firmankan oleh Allah dalam surah Az Zariyyat ayat 56 yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”

Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menjadikan setiap aktiviti kita termasuk berhibur sentiasa berada di dalam ruang lingkup beribadah kepada Allah SWT.

TUJUAN

Tujuan garis panduan ini disediakan adalah untuk memberi panduan kepada para penganjur hiburan agar program hiburan yang dijalankan tidak menyalahi syara’ dan tersasar dari tujuan beribadah kepada Allah SWT.

ISLAM DAN HIBURAN

Islam adalah satu cara hidup yang sangat meraikan dan tidak pernah sekali-kali menyekat naluri fitrah manusia termasuklah berhibur seperti mendengar muzik, bunyi-bunyian dan nyanyian asalkan sahaja hiburan itu tidak menyalahi hukum-hukum syara’.

GARIS PANDUAN MENGADAKAN ACARA KONSERT / PERSEMBAHAN DAN HIBURAN DALAM ISLAM

1- Hendaklah dipastikan muzik / lagu / skrip yang mempunyai perkataan yang boleh membawa ke arah bertentangan dengan aqidah seperti menyalahi syariat Allah SWT, memburuk-burukkan Rasulullah SAW, melekehkan para sahabat, meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala juga tiada unsur memuja atau taksub kepada wanita.

Allah SWT memberi peringatan kepada sesiapa yang meragui kebenaran hari kiamat dengan firmannya :

"Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan (15) Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa (16).

( Taaha : 15-16)

2- Suatu persembahan / konsert yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah, hak mencari dan memberi nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya.

ما من إمرىء مسلم تحضره صلاة مكتوبة فيحسن وضوءها, وخشوعها وركوعها، إلا كانت كفارة لما قبلها من الذنوب، مالم تؤت كبيرة، وذلك الدهر كله.
Tidaklah ada diantara orang Muslim jika tiba waktu solat wajib, lalu dia membaguskan wudhuknya, kekhusyukannya, dan ruku'nya melainkan solat itu menjadi penebus dosa-dosa sebelumnya, selagi dia tidak mengerjakan dosa besar, dan itu berlaku selamanya.

( HR Muslim)

3- Tidak ada muzik / nyanyian yang disampaikan tidak mempunyai senikata lagu berunsur maksiat dan lagho seperti membawa kepada rangsangan ghairah nafsu melalui tema-tema cinta yang melampau, luahan perasaan dan kerinduan yang berlebihan kepada manusia sehingga mendorong pendengar dan remaja kepada melakukan maksiat dan dosa.

Oleh itu nyanyian sebegini hendaklah dijauhi berdasarkan firman Allah seperti berikut :

Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia (lagha), mereka berpaling daripadanya,
( Al Qasas : 55)

إن الله كتب على ابن آدم حظّه من الزنا أدرك ذلك لا محالة. فزنا العين النظر وزنا اللسان النطق والنفس تتمنى وتشتهى والفرج يصدق ذلك أو يكذبه.

Sesungguhnya Allah telah menentukan bahagian seseorang tentang zina yang tidak mustahil didapatinya. Maka zina mata adalah memandang, zina lidah adalah mengucapkan, zina hati adalah mengingini dan faraj (kemaluan) membenarkan atau mendustakannya.

(HR Bukhari dan Muslim)

4- Hendaklah hiburan tidak diiringi atau dialunkan dengan instrument bunyian terlampau seperti budaya rock sehingga penonton / pendengar mengikut rentak (melompat-lompat, menjerit dan bersorak) menjatuhkan akhlak mereka dan mendatangkan fitnah kepada diri mereka.

5- Penyanyi, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun mempersembahkan nyanyian dengan suara lucah yang menyebabkan fitnah dan rangsangan nafsu kotor dikalangan pendengar / penonton. Sekalipun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik, dalam keadaan ini ianya tetap menjadi haram.

Allah swt berfirman berkenaan tuntutan menutup aurat :

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi `auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.

( Al A'raf : 26)

Rasulullah saw juga memberi amaran kepada wanita yang tidak menutup aurat mereka :

إن مِن أهل النارِ نساءً كاسِياتٍ عارياتٍ مائلاتٍ مُميلاتٍ لا يدخُلْنَ الجنةَ ولا يَجِدنَ ريْحَهَا

Sebahgian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang menyerupai telanjang, pakaian yang sesat dan menyesatkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya.

(HR Muslim)

إذا فعلت أمتي خمس عشرة خصلة فقد حل بها البلاء ... منهن.... واتخذت القينات والمعازف
الراوي: علي بن أبي طالب - خلاصة الدرجة: [إسناده صحيح أو حسن أو ما قاربهما] - المحدث: المنذري - المصدر: الترغيب والترهيب - الصفحة أو الرقم: 4/75


Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak untuk menerima bala Allah. Antara 15 perkara itu ialah…. orang ramai menjadikan wanita sebagai penyanyi (penari-penari), alat-alat yang melalaikan (muzik). …
(HR Tarmidzi)

6- Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi, tiada majlis tari-menari, tidak berlakunya acara minum arak, pertaruhan judi, tiada drama / lakonan-lakonan liar dan seumpamanya.

Rasulullah saw bersabda dalam hal pergaulan lelaki wanita ajnabi ini:

لأن يطعن فى رأس أحدكم بمحيط من حديد خير له من أن يمس امرأة لا تحل له


Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh. (adab pergaulan dalam islam, dr rokiah)
(HR Baihaqi)

7- Penyanyi tersebut hendaklah dari kalangan lelaki jika penontonya adalah lelaki dan wanita manakala jika persembahan itu tertutup dan semua yang berkait dengannya adalah wanita maka dibolehkan penyanyi itu dari kalangan wanita. Ini adalah bagi mengelak segala fitnah dan punca kerosakan dari suara wanita dan pergerakan manja wanita yang menggoda. Firman Allah SWT :

Maka janganlah kamu wahai wanita berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).
(Al Ahzab : 32)

Dan Rasulullah SAW juga bersabda :

عن أبي مالك الأشعري قال، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ليشربن الناس من امتي الخمر يسمونها بغير اسمها يعزف على رؤوسهم بالمعازف والمغنيات يخسف الله بعم الارض ويجعل منهم القردة والخنازير
.
Daripada Abu Malik al-Asy’ari daripada Nabi saw bersabda; Beberapa orang daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah akan menjadikan mereka kera dan babi.

(HR Ibnu Majah)

PERINGATAN

Syaitan selalunya mengambil peluang dari hiburan yang melalaikan untuk menyesatkan dan melaghakan manusia. Allah SWT berfirman dalam surah Al Lukman ayat 6 yang bermaksud :

“Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan”.

Bertitik-tolak dari itulah, satu garis panduan berkenaan hiburan disusun supaya kehalusan seni hiburan yang digariskan Islam itu dapat direalitikan.

KESIMPULAN

Industri hiburan dan nyanyian yang harus dalam Islam adalah sesuatu yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia, menghibur dan memberikan ketenangan kepada jiwa disamping mematuhi adab-adab Islam. Ini menuntut kesedaran yang tinggi dari pemuzik dan penggiat seni Muslim supaya membentuk industri hiburan tersendiri dan terpisah daripada pengaruh jahat Kuffar. Sebarang percubaan Kuffar untuk menghanyutkan umat Islam ke arah kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan mestilah dihalang beracukan penetapan dan susur galur Al Quran dan Sunnah Rasul SAW.

12 Jamadil Akhir 1429H
16 Jun 2008M


DATO SERI (DR)HJ HARUSSANI BIN HJ ZAKARIA
SPMP.,JSM.,AMN.,PKT.,PJK
MUFTI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Atasi Sikap Bertangguh

sumber: iluvislam

Satu sikap yang ada dalam setiap diri kita dan menjadi penyebab kepada kegagalan kita. Iaitu sikap bertangguh. Bertangguh maknanya kita dengan sengaja melambatkan atau tidak menyiapkan satu-satu kerja, aktiviti atau tugasan yang sememangnya penting atas alasan yang tidak penting. Sebaliknya kalau sesuatu kerja itu terpaksa diketepikan seketika kerana ada sesuatu yang lebih penting lagi yang mesti disiapkan, maka itu bukanlah bertangguh.


Malangnya, ramai diantara kita atas alasan yang remeh temeh melambat-lambatkan sesuatu pekerjaan. Mari kita renungkan seketika, kalau anda seorang pekerja di pejabat, apa agaknya kerja semalam yang anda tahu penting tetapi tidak dibuat. Mungkin ada borang yang perlu dilengkapkan dan dihantar; atau panggilan kepada pelanggan yang belum dibuat; atau projek yang belum disiapkan malah mungkin belum dimulakan; atau khidmat selepas jualan yang tidak dibuat meskipun berkali-kali anda ingatkan diri anda ia adalah penting. Bagaimana pula dengan urusan dirumah? Anda mungkin dah lama mahu mengecat rumah tetapi sehingga kini masih belum siap; atau menyapu lantai, menggosok baju, mengelap tingkap, mencuci bilik air.

Bagaimana pula dengan urusan peribadi anda? Anda tahu sudah tiba waktunya anda menghubungi ibu bapa di kampung; atau emel sahabat yang tidak berbalas dan SMS yang belum dijawab. Anda tahu berat badan mula bertambah dan sudah sekian lama anda mahu turunkan berat badan dengan menjaga diet dan melakukan senaman harian. Sudahkah ia dilakukan? Rambut yang semakin panjang sudahkah dipotong? Kalau direnungkan dengan ikhlas maka kita akan dapati terlalu banyak yang mahu dilakukan dan terlalu sedikit masa yang ada. Kalau tahu masa semakin sedikit kenapa dihabiskan untuk perkara-perkara yang tidak termasuk dalam senarai penting kita? Iaitu senarai yang kita tahu mesti dilakukan segera. Atau anda sebenarnya tidak pernah buat satu senarai pun selama ini? Segalanya hanya dirancang dalam kepala maka tidak hairanlah kalau anda lupa. Apabila kita bertangguh, kita akan rasa tertekan kerana masa semakin suntuk dan kerja semakin menimbun.

Akibat dari rasa tertekan ini ialah kemurungan serta emosi yang tidak menentu. Kesihatan juga turut terganggu dan semua ini pasti menjejaskan produktiviti. Hasilnya, kita menjadi orang yang gagal dalam kehidupan sama ada dari kerjaya, akademik, kesihatan, ibadah, kewangan dan sebagainya.




Kenapa Wujudnya Sikap Bertangguh?

Antara faktor yang menjadi penyebab tangguh ini ialah:

1. Pengurusan yang lemah, sama ada dari segi pengurusan diri, masa, sumber dan tugas.

2. Takut, sama ada takut kepada kegagalan mahu pun takutkan kejayaan. Ada orang takut berjaya kerana kejayaan bermakna tanggungjawab lebih besar, masa makin sibuk dan tiada masa untuk perkara lain, ramai orang yang akan dengki dan sebagainya. Ada pula yang takutkan kegagalan kerana bimbang dikritik, dimarahi, dipandang rendah, takut kerja tidak cukup bagus dan sebagainya. Walau apa sekalipun alasannya, 90% daripada apa yang disangkakan sebenarnya tidak akan berlaku.

3. Terlalu mahukan kesempurnaan. Ada ketikanya sesuatu perancangan itu tertangguh perlaksanaannya kerana kita mahukannya terlalu sempurna. Begitu banyak masa dan tenaga dibazirkan dengan mengkaji keburukan-keburukan yang mungkin akan terjadi.

4. Masalah fizikal. Masalah kesihatan dan tenaga yang kurang boleh mendorong perasaan malas. Ini membuatkan banyak kerja-kerja gagal disempurnakan kerana diri tidak produktif.

5. Masalah sikap. Sikap adalah penyumbang paling utama kepada masalah tangguh. Apabila kita bersikap sambil lewa, ambil mudah dan tiada komitmen serta disiplin terhadap diri kita dan tugas-tugas yang diserahkan maka segalanya pasti akan tertangguh. Bagaimana Mengatasinya? Tangguh bukanlah masalah yang tidak boleh diselesaikan. Ia bukannya perkara biasa dalam kehidupan yang tidak dapat dielak. Sebaliknya ia adalah kebiasaan atau tabiat yang tertanam dalam diri kita kerana kita tidak mendidik diri dengan amalan-amalan kecemerlangan.

Berikut dinyatakan beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah umum ini:

1. Agih-agihkan tugas. Pastikan tugasan bersesuaian dengan tenaga dan masa yang diperuntukkan. Salah satu penyebab kepada tangguh ialah rasa kerja yang mahu dibuat itu terlalu sukar atau terlalu banyak. Kalau terlalu banyak, agih-agihkan tugas kepada bahagian yang lebih kecil. Kalau terlalu sukar, dapatkan seseorang yang boleh membantu. Tanya mereka! Jangan jadi orang yang berat mulut. Dalam dunia ni tiada sesiapa pun yang akan membantu kita tanpa diminta.

2. Buat senarai tugas atau ‘TO DO LIST’.

3. Dapatkan satu diari, nak canggih lagi pakai ‘Palmtop’. Malah telefon bimbit pun dah boleh untuk masukkan aktiviti kita. Sebenarnya, jangan bazirkan duit dengan membelanjakan wang membeli diari atau organizer yang mahal-mahal. Ramai orang yang saya perhatikan, ketika semangatnya datang, mereka keluarkan duit untuk tujuan ini tetapi akhirnya sia-sia juga.

4. Cari cara untuk ingatkan kita. Contoh: Jam loceng, komputer, digital organizer dan sebagainya.

5. Sediakan segala keperluan lebih awal. Contoh: Nak ambil pemadam, hanya kerana itu kerja tertangguh 30 minit. Nak ke bilik air dan sebagainya. Kita kena ingat, kita dibayar gaji untuk bekerja 8 jam sehari jadi buatlah yang terbaik!

6. Tiada dua orang yang serupa. Lain orang lain masa yang mana dia akan paling produktif. Oleh itu kenali masa produktif kita dan gunakan masa ini untuk siapkan kerja-kerja penting kita.

7. Tukar cara fikir atau ‘mindset’ kita.

8. Just do it! Jangan peduli apa orang lain akan kata. Ia adalah soal masa depan kita. Percaya cakap saya, 90% daripada sangkaan-sangkaan dan kebimbangan kita itu sebenarnya tidak akan berlaku!

9. Belajar dari kesilapan. Mula melangkah apabila sudah ada perancangan dan jangan tunggu untuk segala-galanya sempurna sebab ketidaksempurnaan itu sememangnya sifat semulajadi setiap hasil ciptaan manusia. Contoh: TV hitam putih wujud sebelum ada TV warna. Telefon bimbit besar sebelum ada yang kecil molek. Orang yang mencipta dan menjual barang-barang ini tidak menunggu segalanya sempurna. Mereka mengaut keuntungan awal dan menggunakan keuntungan itu untuk melakukan penyelidikan dan seterusnya menghasilkan barangan yang lebih baik.

10. Senaman secara konsisten, 20 minit sehari, 3x seminggu.

11. Jaga diet atau pemakanan. Makan makanan yang kurang lemak dan yang tinggi kandungan fibernya seperti buah-buahan, kekacang dan sayur-sayuran. Makan roti yang ada tertulis perkataan ‘high fibre’.

12. Rehat yang cukup - Lakukan meditasi atau rileks. Itu gunanya kita lepas solat sambung berzikir dan berwirid.

13. Mulakan sedikit, bertatih sebelum berlari. Tidap perlu untuk menghabiskan apa yang mahu dilakukan itu serentak. Manusia mudah rasa jemu dan bosan. Oleh itu, lakukanlah sedikit tetapi konsisten. Pelbagaikan aktiviti dan jangan fokus hanya kepada satu tugas semata-mata.

14. Ganjari diri sendiri setiap kali dapat menyelesaikan sesuatu tugas atau pekerjaan.

Persoalan ahli MTM Sesi 09/10 Terjawab

UPMKB SARAWAK 2 Nov 2009: Persoalan berkenaan perlantikan ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) sesi 2009/2010 Kolej Sri Rajang telah terjawab apabila pengumuman perlantikan telah dibuat pada hari Sabtu (31 Okt), baru-baru ini dalam satu pertemuan bersama para calon yang terpilih . Pertemuan tersebut telah berlangsung di Bilik Mesyuarat, Pejabat am Kolej Sri Rajang.

Dalam perjumpaan tertutup tersebut, pengumuman jawatan masing-masing dibuat oleh pihak kolej susulan daripada temuduga yang dijalankan dua minggu yang lepas. Saudara Abdullah Wafi bin Md Arif telah terpilih sebagai Presiden MTM 2009/2010 bakal menggantikan saudara Mohd Qayyum bin Ab. Latip yang akan tamat perkhidmatan tidak lama lagi. Jawatan Timbalan Presiden I pula bakal disandang oleh Hikma Hashiqin bt Abdul Halim sementara itu Timbalan Presiden II akan ditaklifkan kepada saudara Muhammad Hanif bin Ghazali.

Dalam temuramah ringkas, saudara Abdullah Wafi, mahasiswa jurusan Diploma Pengurusan Perladangan Makanan (DPPM) tahun ke-2, telah menyatakan penghargaan kepada pihak kolej kerana memberi kepercayaan kepadanya serta mengharapkan kerjasama dari rakan MTM dan semua mahasiswa sepanjang tempoh perkhidmatan beliau selaku Presiden.

Semua 'muka-muka baru' pimpinan mahasiswa tersebut akan dilantik secara rasmi selepas pembubaran MTM sesi 08/09 dalam satu majlis akan datang.

Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) merupakan sebuah organisasi sebagai pemimpin mahasiswa yang bertanggungjawab membantu serta menjadi penghubung antara pengurusan kolej dengan penghuni kolej Sri Rajang selain membawa agenda kebajikan mahasiswa dengan amanah yang diberikan.

Senarai ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Sri Rajang 2009/2010 akan disenaraikan kemudian.

Disediakan oleh BPI MTMKSR

Kesudahan Akibat Berpasangan

Segelintir manusia ketika berdua-duaan dengan bukan muhrim sama ada sedang berjalan, makan bersama walaupun di tempat terbuka, apabila ditegur akan kesalahannya pasti merasa kurang senang bahkan ada juga yang menentang orang yang menegur tersebut. Lebih menjelikkan lagi apabila keadaan berdua-duaan tersebut dengan sentuhan haram bersama bukan muhrim pastinya meningkatkan syahwat terhadap pasangan tersebut. Setidak-tidaknya enak memerhatikan susuk fizikal pasangan apabila sering bersama ke hulu ke hilir.


Ketahuilah, perbuatan-perbuatan tersebut mendorong ke arah perbuatan zina tanpa disedari. Sebahagiannya berniat berpasangan dengan menjaga batas pergaulan namun ketahuilah asalkan berdua-duaan sahaja sama ada di tempat terbuka atau tertutup, pihak ketiga iaitu syaitan akan membisik di telinga dan menyucuk jarum kemaksiatan di hati agar melakukan larangan Allah yang lebih dahsyat lagi. Maka, perbuatan jijik itu bisa terjadi kapan-kapan masa sahaja apabila iman kita dalam keadaan lemah.

Justeru, sebab itulah mereka yang mempunyai kesedaran beragama menegur mahupun mencegah perbuatan yang menyalahi syariat dan adat ini kerana memikirkan akibat daripada perbuatan berpasangan tersebut iaitu zina.

Zina membawa kepada akibat yang buruk dan keji baik di dunia lebih-lebih lagi di akhirat seandainya kita tidak bertaubat.

Antara kesannya adalah:

1. Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan iaitu berkurangnya agama si penzina, hilangnya sikap warak (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.

2. Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu adalah suatu yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

3. Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

4. Membuatkan hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

5. Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan sehingga tidak pernah berasa cukup dengan apa yang diterimanya.

6. Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya, baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

7. Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.

8. Penzina akan dipandang manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.

9. Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki qalbun salim (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.

10. Kesempitan hati dan dada selalu meliputi penzina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya.

Ini kerana orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan sebaliknya dari apa yang dia inginkan dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan serta kebahagiaan.

11. Penzina mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari jelita di syurga kelak.

12. Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan.

Bahkan, ia boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.

13. Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.

14. Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih meninggalkan kesan dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya.

Tetapi dosa zina akan benar-benar meninggalkan kesan di dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku itu bertaubat dan membersihkan diri, dia masih berasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya?

Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkannya. Dia berzina dan membunuh jiwa yang tidak berdosa.

Sekiranya dia ialah seorang wanita yang bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir, dia memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Na'udzubillahi min dzaalik.

15. Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit seperti Aids, siphilis dan gonorhea atau kencing bernanah.

16. Di antara azab di akhirat nanti penzina akan dibesarkan kemaluan, baik lelaki atau perempuan sebesar Bukit Uhud. Anda tahu besar mana Bukit Uhud? Semoga kita dan anak keturunan kita terselamat dari bencana durjana ini.

Oleh itu, itulah sebabnya umat Islam dilarang bercouple sebelum berkahwin demi mengelakkan gejala keji ini bahkan semua agama pada asalnya mengharamkan zina namun nafsu sering menguasai manusia. Segala perbuatan yang menghampiri kepada zina adalah haram termasuklah berdating berdua dengan bukan muhrim dalam apa jua suasana sekeliling sebagaimana perintah Allah S.W.T. dalam surah Al-Isra', ayat 32 yang bermaksud:

" Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

bpimtmksr

MENGENALI SKIZOFRENIA
















Skizofrenia
adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran. Walaupun penyakit ini biasanya memberi kesan kepada kognitif, ia juga menyumbang kepada masaalah teruk dengan perangai manusia atau emosi. Disebabkan terdapat banyak gabungan simptom, ia sukar bagi menyatakan samaada ia adalah masaalah psikiatrik tunggal; dan Eugen Bleuler sengaja mengelar penyakit ini sebagai "the schizophrenias," (jamak) apabila dia mencipta istilah yang ada sekarang.

Diagnosis berasaskan pengalaman yang dilapurkan sendiri oleh pesakit, bersama tanda-tanda yang dilapurkan oleh pakar psikiatri atau sebarang pegawai perubatan terlatih seperti doktor dalam psychologi. Tidak terdapat ujian biologi objektif bagi skizofrenia, walaupun kajian mencadangkan genetik dan biokimia adalah faktor penyumbang utama. Penyelidikan kini dalam perkembangan masaalah ini sering kali menumpukan kepada peranan neurobiologi, walaupun punca organik yang jelas dan boleh dikenal pasti masih belum dijumpai. Dengan ketiadaan ujian makmal objektif untuk mengesahkan diagnosis, terdapat persoalan mengenai status skizofrenia sebagai satu penyakit rasmi.

Istilah "skizofrenia" diterjemah secara kasar sebagai "fikiran berkecai," dan berasal dari bahasa Greek σχίζω (schizo, "memecahkan" atau "membahagikan") dan φρ?ν (phr?n, "minda"). Walaupun etymologinya, skizofrenia bukannya sama dengan masaalah identiti berpisah (dissociative identity disorder), atau juga dikenali sebagai masaalah personaliti pelbagai (multiple personality disorder) atau "personaliti terpisah - split personality"; dalam popular culture keduanya sering kali dikelirukan. Walaupun skizofrenia seringkali mendorong kepada difungsi (dysfunction) masyarakat atau pekerjaan, tidak terdapat kaitan penyakit ini dengan kecenderungan kelakuan agresif.

Skizofrenia sering kali digambarkan sebagai simptom "positif" dan "negatif". Simptom positif termasuk delusion, auditory hallucinations dan thought disorder dan biasanya dianggap sebagai manifestation psychosis. Simptom negetif digelar sedemikian kerana ia dianggap sebagai kehilangan atau ketiadaan tabiat (traits) atau keupayaan normal, dan termasuk ciri-ciri seperti kesan psychologi rata, blunted atau terhad dan emosi, lemah pertuturan dan ketiadaan dorongan (motivasi). Sesetengah model skizofrenia termasuk kecacatan pemikiran rasmi (formal thought disorder) dan kesukaran merancang dalam kumpulan ketiga, "sindrom bersepah (disorganization syndrome)."

Tambahan lagi, mungkin terdapat kehadiran defesit neurokognitif (neurocognitive deficit). Ini mungkin dalam bentuk fungsi psychologi yang kurang atau cacat seperti ingatan, perhatian, menyelesaikan masaalah, fungsi exekutif (executive function) atau cognition sosial (social cognition).

Permulaan skizofrenia biasanya berlaku pada lewat remaja atau awal dewasa, dengan kaum lelaki cenderung menunjukkan simptom lebih awal berbanding kaum wanita.

Ahli Psychiatris Emil Kraepelin merupakan orang pertama membezakan antara apa yang diistilahkan olehnya sebagai dementia praecox ("dementia pramatang") dan penyakit psykhotik lain. Pada tahun 1911, "dementia praecox" dinamakan semula sebagai "skizofrenia" oleh pakar psikiatri Eugen Bleuler, yang mendapati istilah Kraepelin sebagai mengelirukan, kerana masaalah bukannya satu bentuk nyanyuk (dementia), samaada pramatang ataupun tidak.

Pendekatan diagnostik kepada skizofrenia telah ditentang, terutamanya oleh pergerakan anti-psychiatry, yang mendakwa bahawa mengkelaskan pemikiran atau tabiat khusus sebagai penyakit membenarkan kawalan masyarakat (social control) terhadap mereka yang dianggap tidak diingini oleh masyarakat tetapi tidak melakukan sebarang jenayah.

Baru-baru ini, ia telah dikemukakan bahawa skizofrenia hanyalah dalam satu spektrum tabiat dan pengalaman, dan semua orang dalam masyarakat mungkin mengalami pengalaman seumpama itu dalam hidup mereka. Ini diketahui sebagai psychosis model continuum (continuum model of psychosis) atau pendekatan dimensi 'dimensional approach' dan paling jelas diperjuangkan oleh psychologist Richard Bentall dan psychiatrist Jim van Os.

Walaupun tiada punca yang sama penyebab skizofrenia telah dikenal pasti dalam kesemua individual yang diagnosed dengan keadaan ini, kini kebanyakan penyelidik dan pakar perubatan percaya bahawa ia disebabkan oleh gabungan oleh kedua-dua kelemahan otak manusia (samaada diwarisi atau didapati) dan tekanan pengalaman hidup. Pendekatan meluas yang diambil ini dikenali sebagai 'model tekanan-kelemahan' - (stress-vulnerability), dan banyak perdebatan saintifik sekarang menumpu kepada berapa banyak setiap faktor ini menyumbang kepada perkembangan dan pengekalan skizofrenia.

Ia juga dipercayai bahawa proses dalam awal [[perkembangan neural|perkembangan neural (neurodevelopment) adalah penting, terutama bagi proses sebelum kelahiran (prenatal). Dalam kehidupan dewasa, kepentingan khusus telah diletakkan pada fungsi (atau kegagalan berfungsi) dopamine dalam laluan mesolimbik (mesolimbic pathway) dalam otak. Theori ini, dikenali sebagai dopamine hypothesis of schizophrenia kebanyakanya hasil jumpaan secara tidak sengaja bahawa kumpulan dadah yang menghalang fungsi dopamine, dikenali sebagai phenothiazines, mengurangkan simptom psychotik. Bagaimanapun, teori ini dipercayai terlalu mudah (overly simplistic) sebagai penjelasan lengkap. Dadah ini telah dimajukan lebih lanjut dan ubat-ubatan antipsikhotik biasa digunakan sebagai rawatan barisan depan. Walaupun berkesan dalam kebanyakan kes, ubat-ubatan ini tidak diterima baik oleh ramai pesakit disebabkan kesan sampingannya yang kuat, dan kurang berkesan bagi sesetengah individual.

Perbezaan dalam struktur otak telah didapati diantara mereka dengan skizofrenia dan dengan mereka yang lain. Bagaimanapun, ini cenderung boleh diharap pada tahap kumpulan, disebabkan kepelbagaian yang meluas antara individual, mungkin tidak boleh diharap masa kini bagi individual tertentu.

Sumber: wikipedia

Selamat Menghadapi Peperiksaan



















Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Semester 1 Sesi 2009/2010 kepada Seluruh Mahasiswa dan Mahasiswi Kolej Sri Rajang

"SUCCESS occurs when OPPORTUNITY comes"
- Zig Ziglar


Pesanan ringkas untuk menghadapi peperiksaan:-

1. Jaga kesihatan dan keselamatan diri

2. Belajar secara 'smart' dan tidak semestinya 'hard'

3. Minta ibu bapa anda doakan anda

4. Doakan rakan-rakan anda supaya tenang dan terang hatinya menjawab soalan peperiksaan.

5. Pastikan keperluan untuk menjawab peperiksaan mencukupi seperti kad matrik, slip peperiksaan dan alat tulis

6. JANGAN MENIRU dan BIARKAN ANDA DITIRU.

Sekian, good luck!

admin

Harap Maaf. Sedang dikemaskini

Assalamu'laikum dan salam muhibbah. Laman Biro Pembangunan Insan MTM KSR sedang dikemaskini. Posting terdahulu boleh dilayari melalui http://bpiksr.blogspot.com .. Walaubagaimana pun, tempelate juga telah berubah dan terdapat kekurangan padanya. Kami berharap laman BPI akan menjadi lebih baik dan sesuai dengan kepimpinan baru akan datang.

admin