Persoalan ahli MTM Sesi 09/10 Terjawab

UPMKB SARAWAK 2 Nov 2009: Persoalan berkenaan perlantikan ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) sesi 2009/2010 Kolej Sri Rajang telah terjawab apabila pengumuman perlantikan telah dibuat pada hari Sabtu (31 Okt), baru-baru ini dalam satu pertemuan bersama para calon yang terpilih . Pertemuan tersebut telah berlangsung di Bilik Mesyuarat, Pejabat am Kolej Sri Rajang.

Dalam perjumpaan tertutup tersebut, pengumuman jawatan masing-masing dibuat oleh pihak kolej susulan daripada temuduga yang dijalankan dua minggu yang lepas. Saudara Abdullah Wafi bin Md Arif telah terpilih sebagai Presiden MTM 2009/2010 bakal menggantikan saudara Mohd Qayyum bin Ab. Latip yang akan tamat perkhidmatan tidak lama lagi. Jawatan Timbalan Presiden I pula bakal disandang oleh Hikma Hashiqin bt Abdul Halim sementara itu Timbalan Presiden II akan ditaklifkan kepada saudara Muhammad Hanif bin Ghazali.

Dalam temuramah ringkas, saudara Abdullah Wafi, mahasiswa jurusan Diploma Pengurusan Perladangan Makanan (DPPM) tahun ke-2, telah menyatakan penghargaan kepada pihak kolej kerana memberi kepercayaan kepadanya serta mengharapkan kerjasama dari rakan MTM dan semua mahasiswa sepanjang tempoh perkhidmatan beliau selaku Presiden.

Semua 'muka-muka baru' pimpinan mahasiswa tersebut akan dilantik secara rasmi selepas pembubaran MTM sesi 08/09 dalam satu majlis akan datang.

Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) merupakan sebuah organisasi sebagai pemimpin mahasiswa yang bertanggungjawab membantu serta menjadi penghubung antara pengurusan kolej dengan penghuni kolej Sri Rajang selain membawa agenda kebajikan mahasiswa dengan amanah yang diberikan.

Senarai ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Sri Rajang 2009/2010 akan disenaraikan kemudian.

Disediakan oleh BPI MTMKSR

0 comments:

Post a Comment