Sesi muhasabah diri -part 1-

Sesungguhnya kita sebagai seorang manusia yang lemah sentiasa terleka dengan kemanisan dunia. Oleh itu, diharap post kali ini dapat membawa kita untuk merenung kembali tentang perbuatan-perbuatan yang telah kita lakukan dan dapat menginsafi diri kita ini. InsyaALLAH. Disini ada 24 perkara tetapi pada -part 1- ni hanya dikongsikan sebanyak 10 perkara.

1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.
2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)
6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.
8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

Sudah Bersedia Untuk Audit?

Kurang 24 jam lagi, bermula Audit Prestasi Akademik (APA) atau Academic Performance Index. Oleh itu, siswa siswi sekalian diseru untuk mengulangkaji segala pengetahuan berkaitan bagi menjayakan audit tersebut.

Antara link yang membantu:

http://www.upm.edu.my/
http://www.upm.edu.my/?aktvt=content&kat=D&kod=20070619170204508172169888
http://www.upm.edu.my/?aktvt=content&kat=D&kod=20060401091121725192168147
http://www.upm.edu.my/?aktvt=content&kat=D&kod=20060401091134813192168147
http://www.upm.edu.my/?aktvt=content&kat=D&kod=20070416106092009172169850
http://www.btu.upm.edu.my/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=331&Itemid=353&lang=mas (lihat sejarah UPM kampus Bintulu)

Perhatian juga soalan seperti berikut:

Berapakah bilangan fakulti di UPM?
Berapakah bilangan kolej di UPM?
Apakah prosedur memohon ulangan (repeat)
Apakah kemudahan yang terdapat di UPM Kampus Bintulu?
Berapakah bilangan Timbalan Naib Canselor UPM?
Berapakah keluasan UPM dan UPM Kampus Bintulu?
Fahamkan tentang prosedur berkaitan akademik
Minggu ke berapakah ujian 1, ujian 2 dan peperiksaan akhir diadakan?

Sila rujuk semula penerangan berkaitan semasa anda mendaftar semester 1 dahulu..

Dan berbagai perkara yang tidak pasti perlu diambil perhatian..

Pastikan juga penampilan diri anda dalam keadaan terbaik serta mengikut etika!

Akhir kata, selamat berjaya kepada seluruh warga UPM dan UPM Kampus Bintulu Sarawak

Oleh BPI MTMKSR

2.6 Juta Rakyat Malaysia Sakit Mental!

TRAGEDI pembunuhan empat sekeluarga di Gemencheh, Negeri Sembilan baru-baru ini menyentuh hati rakyat Malaysia. Bagi kita yang mengikuti perkembangan tragedi hitam itu tentu sukar untuk menggambarkan bagaimana seksanya mangsa melalui detik-detik terakhir sebelum ajalnya.

Lebih menyedihkan, suspek dalam kes ini adalah ahli keluarga terdekat.

Tentu terlintas di fikiran bagaimana ahli keluarga tergamak bertindak sedemikian bukan terhadap seorang tetapi empat mangsa.

Pelbagai andaian dibuat antaranya suspek mengalami gangguan mental dan ada juga yang mengaitkannya dengan ilmu hitam.

Bukan ingin mencurah air garam ke hati keluarga mangsa yang masih diselubungi kesedihan, yang pasti kes ini masih dalam siasatan polis. Biarlah pihak berkuasa yang menentukan keputusannya.

Kesihatan minggu ini sekadar ingin merungkai permasalahan gangguan mental dan juga berkongsi maklumat mengenai beberapa kejadian seumpama yang pernah berlaku sebelum ini.

Peristiwa empat sekeluarga itu bukan yang pertama berlaku. Sebelum ini terdapat pelbagai tragedi seumpama yang melibatkan nyawa disebabkan masalah berkaitan gangguan psikologi.

Fenomena semasa

Pakar Psikologi dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari berkata, jika melihat kepada laporan Kajian Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi Ketiga pada 2006, 11 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah mental.

“Ini bermakna kira-kira 2.6 juta daripada keseluruhan penduduk mengalami gangguan berkaitan psikologi dan jumlah ini agak ketara,” katanya yang juga merupakan Pensyarah Kanan Universiti Malaya dalam bidang ini.

Menurut beliau, jika kini penyakit berkaitan gangguan mental (termasuk disebabkan pengambilan dadah) berada di tangga ke 10 dalam senarai penyakit membebankan, dianggarkan menjelang 2020, masalah ini akan menduduki tangga kedua iaitu selepas penyakit jantung.

“Ini berdasarkan perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyasarkan masalah mental akan mewakili 15 peratus daripada penyakit global pada tahun tersebut,” katanya.

Jelas beliau, gangguan mental juga boleh dikaitkan dengan kesan sampingan kemajuan yang dicapai sesebuah negara.

Katanya, sesetengah individu gagal menyesuaikan diri dengan kemajuan, ditambah pula dengan punca-punca lain menyebabkan mereka mudah mengalami gangguan mental.

Di Malaysia, ia kini menjadi penyakit lazim dan statistik 2008 menunjukkan kira-kira 400,227 pesakit mental mendapatkan bantuan psikiatri di hospital-hospital kerajaan. Angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 15.6 peratus berbanding 346,196 pesakit pada 2007.

Di PPUM sahaja kata beliau, berbanding sepuluh tahun lalu yang mencatatkan satu atau dua pesakit setiap hari bertemu pakar psikiatri kini bertambah menjadi tujuh hingga lapan pesakit sehari.

Dr. Muhsin berkata dari segi kepakaran pula kita masih lagi ketinggalan iaitu dengan hanya sekitar 200 pakar psikiatri.

“Kekurangan kepakaran sangat ketara kerana kebanyakan bertumpu di sekitar Lembah Klang sahaja. Menakala kawasan pedalaman seperti Sabah dan Sarawak hanya mempunyai satu atau dua psikiatri sahaja,” katanya.

Punca

Menurut Dr Muhsin, terdapat dua sebab utama menyumbang kepada masalah kesihatan mental iaitu sejarah keluarga (dalaman) dan persekitaran.

“Pelbagai sebab seperti stres, tekanan kerja, hubungan sosial, personaliti introvert iaitu seorang yang cepat putus asa, tak suka bergaul dan sebagainya mudah terdedah kepada masalah mental,” kata beliau.

Menurutnya, masalah mental ada yang serius dan ada yang minor. Bergantung kesedaran awal pesakit dan sejauh mana dia berusaha untuk menanganinya, ia boleh membantu.

Jika mereka mendapatkan nasihat daripada profesional, peratusan untuk pulih adalah tinggi tetapi. Sebaliknya jika mendapatkan nasihat daripada rakan atau saudara berkemungkinan untuk menjadi lebih parah. Begitu juga seandainya pesakit dibiarkan tanpa sebarang rawatan, masalah akan menjadi bertambah rumit.

Selain itu katanya, masalah gangguan mental 15 kali berisiko tinggi andai pesakit terlibat dengan pengambilan dadah.

Pelakuan di luar kawalan

Merujuk kepada peratusan WHO Dr Muhsin berkata, sebanyak 14 peratus kematian di kalangan remaja berusia 15 hingga 24 tahun di seluruh dunia adalah disebabkan oleh keganasan seperti amuk, rompakan dan kecurian yang mendorong kepada bunuh, pergaduhan, buli dan sebagainya.

Kes-kes seperti ini ada kaitan dengan gangguan mental, yang mana pembunuh akan melakukan sesuatu diluar jangkaan seperti kes yang berlaku di Gemencheh.

“Bagi orang yang waras fikiran dan memang berniat untuk membunuh, mustahil dia akan meninggalkan bukti malah tidak akan mengaku bersalah jika ditangkap polis,” kata Dr. Muhsin.

Dalam kebanyakan kes seperti ini kata beliau, mangsa biasanya adalah orang yang paling rapat sekali dengan pembunuh seperti ayah, ibu, anak, suami, isteri dan adik-beradik terdekat.

Bagaimana untuk mengesan?

# Individu sendiri atau saudara terdekat boleh sedar kelainan yang dialami.

# Rasa tidak selesa.

# Terdengar suara-suara ganjil yang menyuruh melakukan sesuatu.

# Nampak bayangan-bayangan aneh.

# Sukar tidur dan kerap terjaga ketika tidur.

# Hilang selera makan.

Penyelesaian

Dr. Muhsin menasihatkan mereka yang mempunyai simptom gangguan mental agar mendapatkan rawatan awal supaya masalah tidak berlanjutan.

“Kebanyakan pesakit di Malaysia bertemu pakar selepas 24 bulan mengalami masalah. Berbanding di Amerika Syarikat, jika mereka tidak boleh tidur dalam masa tiga hari sahaja mereka terus bertemu doktor untuk mendapatkan nasihat,” katanya.

Beliau berkata, persepsi masyarakat mengenai gangguan mental perlu diubah. Selama ini, orang mengaitkan pesakit mental sebagai ‘orang gila’ dan mereka disisihkan keluarga.

“Sepatutnya orang terdekat dengan pesakit perlu memberi sokongan dan membawa pesakit mendapatkan rawatan agar ia berlanjutan,” katanya.

Selain itu katanya, rawatan yang ada di negara ini masih lagi mengikut akta lama iaitu mengurung pesakit atau menempatkan pesakit di suatu tempat tertentu misalnya hospital sakit jiwa.

Jelas beliau, keadaan ini akan menyebabkan pesakit lebih tenat kerana merasa diri mereka disisihkan dan terkongkong.

“Saya percaya jika pesakit dapat bergaul dengan masyarakat dan meneruskan kerja mereka seperti biasa, mereka lebih cepat sembuh kerana merasa diri disayangi serta boleh melakukan perkara seperti orang lain,” katanya.

Di PPUM sendiri menurut beliau, pesakit mental yang sedang menjalani rawatan dibenarkan mengendalikan kafe di bawah pengawasan doktor.

Dalam pada menjalani rawatan Dr. Muhsin menekankan pesakit perlu mengambil ubat seperti antipsikotik dan antidepression yang telah diberi doktor untuk membantu penyembuhan.

“Orang kita kadang kala lebih percayakan bomoh dalam hal ini. Nasihat saya, kalau ingin bertemu bomoh sekali pun tak mengapa, asalkan jangan lupa mengambil ubat yang telah diberikan doktor,” katanya.

Sumber lain
____________________________________________________________________

P/s: Tak kisahlah angka itu tepat atau tidak tetapi angka itu menurut kajian. Jadi, sesiapa yang rasa ada masalah psikologi, pergi jumpa cepat-cepat kaunselor (Pak Su) sebelum melarat :)

Kuliah Agama: Mari Menuntut Ilmu




KULIAH FEQAH
Ustaz Abdul Halim b Abd Kadir
Kitab Mukhtasar Al-Uum

Setiap hari Rabu
Selepas Solat Maghrib

Tempat: Pusat Islam UPM Kampus Bintulu Sarawak



KULIAH TAFSIR
Ustaz Salahudin Abu Samah
Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

Setiap hari Sabtu
Selepas solat Maghrib

Tempat: Pusat Islam UPM Kampus Bintulu Sarawak



KULIAH FARDHU 'AIN
Ust Rosman bin Mat Taib
Asas-asas Fardhu 'Ain

Setiap hari Ahad
Selepas solat Maghrib

Tempat: Pusat Islam UPM Kampus Bintulu Sarawak


"Sesiapa yang menghendaki dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang menghendaki akhirat hendaklah dengan ilmu, dan sesiapa yang menghendaki kedua-duanya sekali, hendaklah dengan ilmu"

(Hadis sahih)

Muslimin muslimat dijemput ke majlis ilmu tersebut. Kuliah akan diadakan setiap minggu.

MTM 09/10: Blog Baru!




















Seiring dengan Majlis Pembubaran MTM 08/09 dan Perlantikan MTM 09/10 secara rasmi semalam (Jumaat, 15 Januari 2010) Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) Kolej Sri Rajang (KSR) telah menghasilkan laman baharu organisasi tersebut sekali gus menggantikan laman MTMKSR yang lepas. 'Kembali Bernafas' menjadi salah satu tajuk entri, telah memberi harapan kepada mahasiswa kolej ini terhadap MTM tahun ini supaya memperbaiki dan memperkasakan organisasi pimpinan mahasiswa kolej tersebut.

Oleh itu, diharap dengan kewujudan laman baharu ini, segala penyampaian maklumat adalah jitu dan komunikasi yang berkesan antara pihak kolej-MTM-mahasiswa. Mahasiswa kolej ini juga diseru supaya manfaatkan sebaik mungkin kemudahan ini. Tahniah kepada MTM 09/10!


Sila layari

http://life-in-ksr.blogspot.com (MTM sesi 07/08 dan 08/09)
http://http://mtmksr2010.blogspot.com/ (MTM sesi 09/10)

Disediakan oleh BPIMTMKSR

Kedudukan Study Group atau Discussion


























































































Disediakan oleh: BPI MTMKSR

Pengumuman!!

Assalamua'laikum Wrhmt Wbrkth dan Selamat Sejahtera


Kepada: Semua siswa dan siswi Kolej Sri Rajang, UPM Kampus Bintulu Sarawak

Tinjauan mendapati bahawa lambakan surat SELAIN Pos Ekspres, pos bungkusan di ruang surat hadapan Pejabat Am Kolej Sri Rajang (berhampiran pintu utama).

Surat-surat tersebut tidak dituntut sekian lama oleh sebab cuti antara semester baru-baru ini dan penerima yang tidak memeriksa surat-surat mereka.

Oleh itu, sebaiknya setiap mahasiswa memeriksa sama ada terdapat surat untuk anda atau tidak.

Awas! pastikan anda mengambil surat untuk diri anda sahaja dan bersikap amanah terhadap diri dan rakan anda!

Nota: Pengumuman ini sebagai peringatan secara tidak rasmi oleh pihak biro dan BUKAN dari pihak pentadbiran kolej. Ianya sekadar bertujuan membantu mahasiswa dan pihak kolej.

Terima kasih atas perhatian saudara / saudari.

Jepun Berjaya Biakkan Ikan Emas Yang Lutsinar


Inilah gambar ikan emas yang lut sinar yang didedahkan oleh Universiti Mie, Jepun pada 7 Disember tahun yang lalu.



Menurut Agensi Berita Kyodo Jepun, Profesor Madya Yutaka Tamaru dari Universiti Mie Jepun telah berjaya membiakkan ikan emas yang lut sinar dalam masa tiga tahun. Ikan emas yang lut sinar ini boleh dilihat urat dan aliran darahnya melalui kulitnya tanpa perlu dibedah. Ikan emas baka ini dijangka dapat digunakan dalam makmal secara penyelidikan sains dengan meluas.

Isu Kalimah Allah: Keputusan Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan 2008

Isu Kalimah الله

الإسلام يعلو ولا يعلى عليه - رواه البيهقي


Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Mengenai Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah

Bil. Muzakarah : Kali Ke-82
Tarikh : 5 Hingga 7 Mei 2008

Tempat : Holiday Villa Hotel & Suites, Alor Star, Kedah

1) Ulasan/Hujah

  • Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverend Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.


19 orang Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysiamenghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 21 Mei 2008
  • Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.

  • Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.

  • Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
  • Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
  • Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
  • Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.
  • Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.
  • Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri supaya kesucian agama dan akidah umat Islam dapat dipertahankan.
  • Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan kepada akidah dan kesucian agama Islam.
  • Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.
  • Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam. Pada masa ini terdapat 10 buah negeri telah memperuntukan larangan penggunaan kalimah Allah dalam Jadual kepada Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang masih dalam proses menggubal Enakmen ini.

2) Keputusan

  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.
  2. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.