Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UPMKB

BINTULU (UPM), 27 Feb: Kemeriahan sambutan Maulidur Rasul 1431H/2010 di seluruh negara menyaksikan berbagai bentuk sambutan sebagai tanda kecintaan dan mengingati Rasulullah s.a.w. Tidak terkecuali Kolej Sri Rajang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak turut menganjurkan perarakan berselawat ke atas junjungan baginda.


Program sambutan Maulidur Rasul tersebut dianjurkan oleh Biro Pembangunan Insan MTM Kolej Sri Rajang dengan kerjasama Kelab Putra Al-Ukhuwwah (KPU) itu sekali gus menyambung tradisi sambutan seperti itu setelah tidak dianjurkan beberapa tahun sebelumnya.

Peserta perarakan yang terdiri daripada mahasiswa telah diatur dengan membawa sepanduk masing-masing. Mereka terdiri daripada wakil-wakil blok dan kelab /persatuan.

Sambutan Maulidur Rasul tersebut diteruskan lagi dengan forum bertajuk 'Dari Hira' ke Masjid Nabawi' pada waktu petang dan diteruskan dengan pertandingan Nyanyian Lagu Kerohanian pada sebelah malamnya.




















































































0 comments:

Post a Comment