Jam Digital Berbentuk Kuku

Jam Digital Berbentuk Kuku

Jam digital berbentuk kuku yang permukaannya diperbuat daripada bahan lut sinar ini, boleh terus ditempel pada kuku anda. Warna angka pada permukaan jam ini boleh disesuaikan. Malahan, dalam keadaan gelap, angka itu juga boleh diterangi untuk memudahkan anda melihat waktu. Apabila terasa tidak mahu menggunakannya, anda boleh memadamkan terus angka itu pada bila-bila masa.


Warna angka pada permukaan jam ini boleh disesuaikan

Pembersih perut Termudah


Assalamualaikum wbt. disini ingin berkongsikan sedikit tentang apa yang dapat membersihkan perut agar kita terhindar dari kebanyakan penyakit, InsyaAllah.

Perut adalah sumber kepada hampir segala penyakit! Perut bersih, badan terhindar dari penyakit dan otak menjadi sihat. Perut kotor, badan terdedah kepada pelbagai penyakit dan otak menjadi lemah.

Pembersihan ini boleh dilakukan dengan memakan julap atau jadam. Makanlah sebulan atau dua bulan sekali. Memakan julap adalah amalan orang Arab dan India. Memakan buah pic sebelum makan pagi juga boleh menggantikan julap dan jadam untuk


membersihkan perut. Sebenarnya terdapat banyak kaedah untuk membersihkan perut mengikut pelbagai masyarakat dan agama.

Misalnya Agama Islam, di samping mewajibkan berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan, Islam juga menggalakkan umatnya untuk berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis dan pada hari-hari tertentu. Amalan ini dapat membersihkam perut dan seterusnya menerangkan hati pengamalnya. Kesihatan otak dan badan keseluruhannya akan bertambah sekiranya anda rajin menjaga kebersihan usus dan perut. Diharap dengan sumber yang sedikit ini dapat kita sama-sama amalkan dan sama-sama berjaya didunia dan di akhirat, InsyaAllah.