renungan bersama

Assalamualaikum kepada semua sahabat. Alhamdullilah hari diberi peluang olehNYA untuk tangan ini menulis untuk perkongsian bersama dan saling memperingati antara manusia yang seringkali lupa dengan kehidupan dunia yg penuh dengan dugaan yg menyesatkan. sabda nabi "sampaikanlah kepada umatku walaupun sepotong ayat".

tulisan saya pada kali ini adalah untuk berkongsi kepada sahabat mengenai satu isu yg biasa kita dengar iaitu COUPLE. mungkin kita dah bnyk baca artikel pasal ne dan sudah tentu mengetahui sebanyak maklumatm mengenainya. tapi apa yg paling menyedihkan jika seseorg tue dah tau tapi tak lakukan nauzubillah kenapa jadi begini semoga ALLAH tetapkan hati kita dijalanNYA... Itu satu hal, yang paling meyedihkan apabila dahulunya dia seorg yang 100% menentang isu itu, tapi akhirnya jatuh dengan kata2 sendiri.... jika ditafsir dan dinilai kenapa benda itu terjadi... ingatlah wahai sahabat ALLAH telah nyatakan dalam ayat Al-Quran surah as-saff ayat 2 dan 3 :"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!, Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

kenapa benda ini terjadi???? :muhasabah diri kita adakah selama ini kita leka dengan kehidupan dunia, mcm mana dengan amal ibadat kita adakah sudah mencapai kesempurnaan jika tidak kenapa kita perlu kejar cinta manusia sedangkan cinta kita terhadap ALLAH belum lagi utuh, tapi ini tak bermakna saya nak menghalang fitrah manusia tapi ingatlah fitrah tidak menghalalkan cara. dan ingatlah surah an nur ayat 26 " perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.".

mari kita kaji satu kenikmatan yang disukai oleh syaitan apabila melakukan benda ini:
= syaitan dapat dekatkan manusia dengan zina :
a) zina hati: selalu mengingati pasangan tersebut.Hati yang menyembunyi pelbagai perasaan
Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati. (Surah Ghafir: 19)
Allah s.w.t. mengetahui persuatan seseorang mencuri pandangan kepada orang yang bukan mahramnya, dan perasaan jahat atau baik yang yang tersembunyi di dalamnya.

b)zina tangan: bersentuhan dengan sengaja atau lebih senang kerap mesej/ sms pada benda yg tak perlu.

c)zina mata: memandang pasangan sehingga boleh menaikan nafsu syahwat / selalu terbyg2kan pasangan tue tgk pokok pun mcm dah nak jatuh sebb confuse antara pokok dengan pasangan yang dicintai kononnya. Pandangan mata yang tidak dapat dikawal kerana terfitnah dan terpesona akibat panahan mata kekasih.
Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. (Surah al-Nur: 30)

d)zina kaki: sering kali keluar berdua2an. dan ll.

e) zina mulut: Terpesona percakapan dan suara yang lunak
Apa yang selalu berlaku di kalangan pasangan bercinta ialah suka berbual sehingga dalam perkara yang tidak mendatang manfaat sama ada secara bersemuka, talian telefon mahupun internet. Perbualan bukan sekejap.
"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)." (Surah al-Ahzab: 32)
**Walaupun perintah menjaga kata ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w. ia juga merangkumi ummatnya kerana mempunyai illah (sebab hukum yang sama, iaitu kata-kata yang manja dan lunak itu ada pada orang perempuan.

mungkin sukar kita nak melawan perasaan tue, tapi ingatlah sebesar2 jihad adalah jihad melawan nafsu. disini, bukalah niat saya untuk tujukan kepada sesiapa, tapi tujuan saya buat adalah utk mencari keredaanNYA disamping berpesan2 sesama kita..... jangan malu untuk berubah dan jadilah diri lebih baik dari semlm... sekian wasalm apa2 penambahan boleh lah berkongsi insyaALLAH... WALLAHUALAM
.


Terima kasih kepada saudari Rosyidah Yahaya yang sudi berkogsi artikel ini...diharap dengan adanya artikel ini, kita dapat mengambil iktibar dan berusaha untuk menjadi yg lebih baik.. insyaALLAH!!

0 comments:

Post a Comment