Assalamualaikum kepada semua sahabat. Alhamdullilah hari diberi peluang  olehNYA untuk tangan ini menulis untuk perkongsian bersama dan saling  memperingati antara manusia yang seringkali lupa dengan kehidupan dunia  yg penuh dengan dugaan yg menyesatkan. sabda nabi "sampaikanlah kepada  umatku walaupun sepotong ayat".
tulisan saya pada kali ini adalah untuk berkongsi kepada sahabat  mengenai satu isu yg biasa kita dengar iaitu COUPLE. mungkin kita dah  bnyk baca artikel pasal ne dan sudah tentu mengetahui sebanyak maklumatm  mengenainya. tapi apa yg paling menyedihkan jika seseorg tue dah tau  tapi tak lakukan nauzubillah kenapa jadi begini semoga ALLAH tetapkan  hati kita dijalanNYA... Itu satu hal, yang paling meyedihkan apabila  dahulunya dia seorg yang 100% menentang isu itu, tapi akhirnya jatuh  dengan kata2 sendiri.... jika ditafsir dan dinilai kenapa benda itu  terjadi... ingatlah wahai sahabat ALLAH telah nyatakan dalam ayat  Al-Quran surah as-saff ayat 2 dan 3 :"Wahai orang-orang yang beriman!  Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!, Amat besar  kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak  melakukannya.
kenapa benda ini terjadi???? :muhasabah diri kita adakah selama ini  kita leka dengan kehidupan dunia, mcm mana dengan amal ibadat kita  adakah sudah mencapai kesempurnaan jika tidak kenapa kita perlu kejar  cinta manusia sedangkan cinta kita terhadap ALLAH belum lagi utuh, tapi  ini tak bermakna saya nak menghalang fitrah manusia tapi ingatlah fitrah  tidak menghalalkan cara. dan ingatlah surah an nur ayat 26 "  perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat,  dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan  (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang  baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.  Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan  oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh  pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.".
mari kita kaji satu kenikmatan yang disukai oleh syaitan apabila  melakukan benda ini:
= syaitan dapat dekatkan manusia dengan zina :
a) zina hati: selalu mengingati pasangan tersebut.Hati yang menyembunyi  pelbagai perasaan
Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur)  pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di  dalam hati. (Surah Ghafir: 19)
Allah s.w.t. mengetahui persuatan seseorang mencuri pandangan kepada  orang yang bukan mahramnya, dan perasaan jahat atau baik yang yang  tersembunyi di dalamnya.
b)zina tangan: bersentuhan dengan sengaja atau lebih senang kerap mesej/  sms pada benda yg tak perlu.
c)zina mata: memandang pasangan sehingga boleh menaikan nafsu syahwat /  selalu terbyg2kan pasangan tue tgk pokok pun mcm dah nak jatuh sebb  confuse antara pokok dengan pasangan yang dicintai kononnya. Pandangan  mata yang tidak dapat dikawal kerana terfitnah dan terpesona akibat  panahan mata kekasih.
 Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman  supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram),  dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi  mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang  mereka kerjakan. (Surah al-Nur: 30)
d)zina kaki: sering kali keluar berdua2an. dan ll.
e) zina mulut: Terpesona percakapan dan suara yang lunak
Apa yang selalu berlaku di kalangan pasangan bercinta ialah suka berbual  sehingga dalam perkara yang tidak mendatang manfaat sama ada secara  bersemuka, talian telefon mahupun internet. Perbualan bukan sekejap.
"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana  perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. oleh itu janganlah kamu  berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing)  kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit  dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya  berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)." (Surah  al-Ahzab: 32)
**Walaupun perintah menjaga kata ditujukan kepada isteri-isteri  Rasulullah s.a.w. ia juga merangkumi ummatnya kerana mempunyai illah  (sebab hukum yang sama, iaitu kata-kata yang manja dan lunak itu ada  pada orang perempuan.
mungkin sukar kita nak melawan perasaan tue, tapi ingatlah sebesar2  jihad adalah jihad melawan nafsu. disini, bukalah niat saya untuk  tujukan kepada sesiapa, tapi tujuan saya buat adalah utk mencari  keredaanNYA disamping berpesan2 sesama kita..... jangan malu untuk  berubah dan jadilah diri lebih baik dari semlm... sekian wasalm apa2  penambahan boleh lah berkongsi insyaALLAH... WALLAHUALAM
.
 
renungan bersama
Doa Rabithah
Assalamualaikum.. saya ingin berkongsi maksud doa Rabithah ini dengan para pelawat. Maksud ini telah diambil dari satu laman blog. Harap dengan maksud doa ini, dpt menyedarkan kita dan meningkatkan lagi iman kita, InsyaALLAH.
Ya Allah Engkau  mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah  berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
 Engkau lah sebaik-baik  sandaran..
Engkau lah sebaik-baik  sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
 Engkau lah sebaik-baik  sandaran..
Engkau lah sebaik-baik  sandaran..dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Alhamdulillah bermula sesi baru yakni sesi 2010/2011 dimana pelajar baharu mula membanjiri kawasan UPMKB ini. Saya rasa belum terlambat untuk Pihak BPI untuk mengucapkan SELAMAT DATANG kepada pelajar baharu sesi 2010/2011.
Semoga pembelajaran di UPMKB mendapat keberkatan Ilahi dalam membentuk diri samada dari segi mentaliti dan sahsiah agar menjadi insan-insan yang berguna pada masa akan datang bukan sahaja kepada diri sendiri, malahan kepada AGAMA, BANGSA dan NEGARA
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
