Assalamualaikum wbt dan salam Ramadhan al-Mubarak
   Alhamdulillah, bersama-sama kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dan rahmatnya dapat kita sama-sama sekali lagi bersama dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini.
  Kita seharusnya bersyukur dengan nikmat yang telah diberkan oleh NYA kerana bukan semua orang dapat merasakan apa yang kita rasa dan berpeluang untuk menikmati bulan Ramadhan sekali lagi dan tidak semua orang beruntung dan berpeluang.
Ayat Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 183
Yang bermaksud: "Wahai  orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana  diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu  bertaqwa. Puasa itu diwajibkan dalam beberapa hari tertentu. Maka  sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia  berbuka) maka hendaklah ia digantikan dengan hari-hari lain."
Kita telah diWAJIBkan untuk berpuasa dan hendaklah diganti sekiranya tidak dapat berpuasa pada sesuatu hari diatas sebab-sebab tertentu.
Jadi marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri untuk berpuasa dan mengajak orang-orang disekeliling kita untuk berpuasa agar kita bersama-sama mendapat keberkatan dan redha Ilahi. InsyaALLAH.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
